
Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP) ditubuhkan pada Mac 1992. Ianya telah dibangunkan oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang. Kampus Utama bagi IKIP adalah terletak di Kubang Buaya, Kuantan dan merupakan salah satu dari institusi di Pahang yang menawarkan peluang latihan Vokasional. iaitu :
1. Hotel & Pelancongan
2. Rekaan Fesyen
3. Teknologi Maklumat
Sejak beroperasi, lebih dari 3000 pelatih telah menamatkan latihan mereka di IKIP dan ramai daripada mereka telah mendapat pekerjaan yang baik samada di dalam negara atau di luar negara dengan pendapatan yang lumayan.
Pada tahun 2003, Kampus IKIP Bentong di wujudkan di Taman Benus Permai, Bentong bagi mereliasasikan lagi misi dan visi IKIP.