|
|
|
|
|
|
|
Pada 27 Oktober 2009 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan satu motivasi yang bertajuk Kesedaran Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati.
Motivasi ini terbuka khusus kepada pelajar perempuan yang diadakan di dewan P2 Kolej IKIP Bentong bermula dari jam 8.45 malam sehingga 10.00 malam. Ramai pelajar yang hadir untuk mendengar motivasi yang telah dijemput khas dari Team 969 Bersatu Menggempur (AVAIL).
Motivasi ini disampaikan oleh Ustaz Samsi dan Cik Nor Azizah Binti Abdul Razak. Di dalam motivasi ini diselitkan statistik kanser payudara dan kanser servik (barah pangkal rahim) yang mengancam kesihatan wanita pada masa kini. Selain daripada itu, diselitkan juga bagaimana untuk memilih penggunaan tuala wanita yang berkualiti tinggi dan dijamin selamat. Disamping itu, Cik Nor Azizah juga menerangkan cara-cara yang baik untuk mencegah daripada jangkitan penyakit barah payudara dan barah pangkal rahim. Antara fakta yang terdapat di simpulkan dalam motivasi tersebut ialah 80% wanita masa kini mengalami gejala awal kanser seperti senggugut, keputihan, kegatalan jangkitan kuman, kitaran haid yang tidak menentu, trichmosiasis dan pelbagai masalah sakit puan yang lain. Hampir 90% berlaku akibat kesan jangka panjang penggunaan tuala wanita berkualiti rendah di pasaran.
Di akhir motivasi tersebut, diadakan sesi soal jawab antara pelajar dan penceramah. Semua pelajar memberi respon yang baik semasa motivasi disampaikan sehingga tamat.
|
|
|
Tarikh : 20 – 31 Ogos 2009
Tempat : IKIP Utama, Kubang Buaya
Bermula 20 Ogos 2009, hamper puluhan bendera Malaysia dan juga bendera Negeri Pahang telah dinaikkan bagi menyambut kehangatan hari kemerdekaan ke - 52. Kemeriahannya dapat dilihat melalui gambar-gambar ini.

|
|
|
Tarikh : 21 Ogos 2009
Tempat : Kuantan Parade, Kuantan
Seramai 20 orang pelajar IKIP Utama telah dipilih oleh Kelab PROSTAR Pahang untuk menyertai program ini. Program ini bertujuan untuk mencegah penularan penyakit H1N1 yang semakin tinggi di Negeri Pahang. Pelajar- pelajar ini telah mengagihkan mask (penutup mulut) dan juga flyers H1N1 kepada semua pengunjung di Kuantan Parade. Acara bermula jam 2.30 petang dan berakhir tepat jam 5.30 petang. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati.
|
|
|
Tarikh : 20 Ogos 2009
Tempat : Dewan Seminar, DPMM Pahang
(Dewan Perniagaan Melayu Malaysia)
Seramai 10 orang pelajar IKIP Utama telah menghadiri satu taklimat keusahawanan yang telah dianjurkan sepenuhnya oleh DPMM Pahang. Program ini bermula jam 2.00 petang dan berakhir 5.45 petang. Program ini dilaksanakan kerana memandangkan fenomena pekerja diberhentikan kerja oleh majikan sangat berleluasa sekarang ini kerana kegawatan ekonomi yang semakin meruncing. Kenaikan segala barang-barang juga menyebabkan perbelanjaan melebihi pendapatan. Program ini memberi maklumat kepada orang ramai peluang-peluang bagaimana mengatasi masalah-masalah diatas.
Objektifnya ialah sebagai salah satu program untuk menyalurkan pelbagai maklumat kepada ahli dan bakal ahli serta mereka yang berminat mendapatkan maklumat yang diperlukan. Antara agensi yang turut sama terlibat menjayakan program ini ailah Telekom Malaysia Berhad, Al-Rajhi Bank dan Pos Malaysia.
|
|
|
Tarikh : 20 Ogos 2009
Tempat : Masjid Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) Kuantan
IKIP Utama merupakan salah satu IPT yang tersenarai daripada sembilan IPT menyertai Program Belia Quranik Bersama Halaqah TV9. Antara IPT lain yang terlibat ialah KIPSAS, Kolej Shahputra Kuantan, Kolej Komuniti Kuantan, Kolej Kejururawatan (HTAA), Institut Latihan Perindustrian (ILP), POLISAS, Pahang Skills Development Centre (PSDC) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Program ini dianjurkan sepenuhnya oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Seramai 50 orang pelajar dibawah pembiayaan Kementerian Belia dan sukan telah mengikuti program ini bermula jam 6.00 petang hingga jam 11.00 malam. Rakaman program tersebut bermula jam 9.00 malam dan bertajuk “Jangan Ulang”. Ahli panel bagi program tersebut ialah Ustaz Badli Shah Alaudin dan Y. bhg Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz.. Di akhir rakaman pelajar dihidangkan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan UNIC.
|
|
|
|
|